Sabtu, 14 Julai 2012

Futsal Sport 7, Wangsa Maju



Hello hello yippee…saya sedehla sejak dua menjak ni,, yela mana tak nye saya risau dah sekarang ni badan dah semakin naik ( GOMOKS ) maybe saya tak jaga makan minum sendiri..main telan je ape yg ade depan mato.. Dup dap dup dap jugak bile badan dah naik..saya risauuuuuu dah baju2 lame takut tak muat lagi..kuang kuang..dah la nak rayo..baju rayo dah siap kang tak muat pulak..POSE bakal tiba ni kene kawal semua la ye… (boleh ke )

Wokeh sebenarnya nak cite pasai satu aktiviti saya lepas abis opis hour kat korang.. Lepas anak dah 9 bulan skang ni,, saya dah dekad nak mulakan balik aktiviti masa anak dara dulu.. Bowling, futsal, Jogging n sebagainya.. macam nak MELARAM balik..hehhe.. by the way, saya skang abis opis hour join aktiviti Kelab Sukan opis wat Futsal…Wow sambutan menggalakkan.. Opis saya ni majoritinya mak2 orang..hehhe so saya sangat berbangga la dorg semangat join..apalagi saya pun jadi semgtla sbb ade GENG.. Untuk pengetahuan korg Suami saya pun turut join dengan aktiviti Kelab Sukan opis saya buat..

Ok mai-mai nak cite pasal tempat Futsal yang saya pergi ni.. Nama tempat tu SPORT 7, Wangsa Maju.. kami main antara pukul 6ptg hingga 7ptg.. sejam dalam RM75 dari hari isnin hingga jumaat tetapi kalau Sabtu Ahad mahal skit yela ramai cuti kan.. So harga sewa RM110 sejam..

Game group Girl bermula 6petang hingga 7petang tetapi biasela opis kami habis 5.30petang so ramaila yg datang lewat, gurl kan..almaklumla..kuikui.. so game tu jadila mulenya pukul 6.30petang dan berakhir 7.30mlm.. Game group lelaki mule pukul 8 malam hingga 10 malam.. yang bestnya kat SPORT 7 ni tempat dia senang nak parking jugakla.. gelanggang dia pun cun.. takdela macam ade tmpt yang saya penah ikut suami pergi tu tengah2 gelanggang ade TIANG…OMG..(apeda)..

Erm ape yang saya tahu la kan.. FUTSAL  ( saya rase ramai dah tahu kan) takpe saya nak bgth jugak..hehhe..


FUTSAL adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.

Ok disini saya adela sedikit sebanyak tahu jugak pasai Futsal ni.Tapi tak reti pun main..huhuhu. So mai2 kite selongkah Peralatan dan Keperluan bile korang nak main FUTSAL.

PERALATAN DAN KEPERLUAN


• Gelanggang Futsal adalah versimini bola sepak sebesar gelanggangbola balingan dan boleh disesuaikan.

Follow up:

• Permukaan gelanggang biasanyamenggunakan rumput sintetik,alas sintetik, lantai parquet atausimen yang boleh menyerap lantunan.


Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik

• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.

• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.


Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)

• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat

daripada bahan getah supaya sesuai dengan

semua permukaan gelanggang untuk cengkaman

yang kuat.

• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap
pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.

• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah.



So Korang kalau nak main tu kenela standby semua dia atas wokeh..supaya korang tak cedera seperti slh sorg kawan saya Injury skit kat kaki kiri dia..cian kat dia..doc bag MC 3ari..sabar wokeh kawanku



0 comments:

BORANG PESANAN

NAMA PENUH
ALAMAT EMAIL
NO. TELEFON
PRODUK INGIN BELI
CARA PENGAMBILAN PRODUK By hand ( Area Gombak free )
POS Laju RM6.00 ( Semenanjung)
POS Laju RM10.00 (Sabah Sarawak)
ALAMAT LENGKAP UNTUK PENGEPOSAN
BUAT PEMBAYARAN DI

Create a web form here