Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2012

Berpantang selepas Bersalin

Alhamdulillah aku telah selamat bersalin pada 11.10.11 ( cantekkan tarikh tu ) hope perangai n tingkah laku afiq pun cantik..( mama n papa doakan kejayaan syg mama papa ni sampai afiq besar ye sayang ) aminn..

Wanita2 selepas bersalin akan melalui proses berpantang..begitu juga dengan aku..berpantang selama 44hari. WOW lame tu!!!..nanti korang rasela macam mane semua wanita berpantang.Untuk pengetahuan semua, pelbagai cara orang berpantang , kebanyakkannya mengikut adat negeri masing2. so untuk dijadikan cerita bagaimana aku berpantang korang kene baca abis coretan aku ini wokeh!!!

KALAU IKUT CARA INI MMG TERAMAT BAGUS...
Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 44 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 44 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

KALAU IKUT CARA INI SANGGUP KE?
Masa aku dlm pantang..berpantang kat rumah mak..mak jaga betul2 bertungku, berurut and penyusuan baby..makanan mak buatkan lauk berpantang ikan bilis+lada itam ( ditumbuh), sayur bayam dan PERIA, nasi sesenduk je, air suam gelas kecik je ( dahla masa pantang kite mmg dahaga ) tapi mak kate jgn minum air banyak sgt nnti perut buncit slps abis pantang..so aku turutkan perintah mak. nak cantek slim kembali la kononnye. sampaila hari ke-8 aku dah pijak tanah sebab terpaksa bawa anakku (afiq) ke klinik untuk checkup sbb afiq ade kuning. Masuk hari ke-10 suami ajak berpantang ke rumah mertua di temerloh selama seminggu. 

Selepas seminggu berpantang di rumah mertua aku kembali semula berpantang di KL ( rumah mak sendiri ). Bermula dari itu mak menyuruh aku minum air rebusan PUCUK BETIK dan LOBAK PUTIH
bagi menambah susu ibu..pahittttttt giler!!! aku telan dan bayangkan makanan itu sedap gilerrr!!! hahaha.

Jamu NYONYA MENIR jadi pilhan keluarga aku sebab semua keluarga serta sedara mara aku mengamalkan Jamu yang sama..bdn dorg mmg cantik..so aku pun mknla jamu yang sama..sedapppp!! air rebusan akar2 kayu turut aku amalkan bagi mengembalikan tenaga yang banyak ilang sewaktu bersalin..

Alhamdulillahsegala proses aku berpantang terjaga..Habis sahaja berpantang aku masih lagi menjaga pemakanan aku selama 100hari...

Sekian...




 



[ ... ]

Sabtu, 24 Mac 2012

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Benarlah kata orang, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza, begitu juga dengan pengalaman pertama yang aku lalui ini. Detik-detik kelahiran putera sulung aku, semua pengalaman dan apa yang aku rasa dan lalui dicatat kemas untuk simpanan dan kenangan di kemudian hari.

Bergelar mummy pada usia 25 tahun memberi aku satu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Merasakan ada satu nyawa lain di dalam rahim ini membuatkan aku kagum dengan kuasa yang maha ESA. Alhamdulillah di atas kurniaan ini, aku rasa sempurna hidup saya sebagai seorang WANITA. Umi, mama, emak, mummy, ibu….apapun gelarannya membawa makna yang sama bagi setiap orang dan sesungguhnya nikmat bergelar seorang ibu merupakan anugerah yang tak ternilai harganya pada diriku.

Aku disahkan hamil pada 01 Feb 2011. Saat itu period aku sudah lewat tiga hari dan aku dapat rasakan ada yang tidak kena terutama terutama sekali di bahagian perut, kembang semacam dan aku susah nak tido . Dalam pukul 7.00am aku  buat pregnancy test. Alhamdulillah ada dua line warna merah, bermakna aku positif. aku bersyukur sangat2 dan kejutkan suami memberitahu tentang kptsn pregnancy test yang aku buat. aku lihat muka suami aku yg happy sangat.

Sepanjang tempoh mengandung aku mengalami mual2 muntah selama sebulan around trismeter pertama.tak leh bau minyak wangi dan nmpk benda2 yang busuk kompem aku akan muntah. yang kelakarnya masa kat tempat keje muntah bile nmpk tandas je. tp yang peliknya aku tak serasi dgn umah sndiri..blk je keje baru selangkah masuk rumah..sinky yang aku cari..apelagi untuk muntah la..hahaha..pedih tekak n perut muntah2 ni.

Kalau ikut EDD aku dijangka bersalin pada 05 Oct 2011, dalam hati cuak juga sehingga 05 Oct tiada tanda-tanda untuk bersalin. Emak aku pernah memberitahu selalunya bersalin1 atau 2 minggu awal dari tarikh jangkaan..aku pun pergila ke hospital sebab dah overdue..tp dokte tak masukkan aku dlm wad tp dokte bg tambahan date seminggu..maknenye kalo tak bersalin 10 oct 2011 kene serah diri ke hospital bersalin then aku akan KENE INDUCE.


So 10 Oct 2011aku di masudkan ke wad. tp alhamdulillah aku tidak diberi induce sebab bukaan jalan telah buka 5CM pd 11 oct 2011 tetapi yg bestnye aku sikit pun tak rase tanda nak bersalin sdgkan dah buka 5CM..Powerfull betol dokte ckp..terus masuk labour room pukul 1.30tgh..dalam labour room la bermula kesakitan aku..

Dalam labour room dokte pecahkan air ketuban aku..dan dr itula bermula segala kesakitan..dokte kate air ketuban dah berwarna hijau.aku mula runsing memikirkan bagaimana keadaan anak aku di dlm.. mulut ku tidak henti2 berzikir, selawat, bc surah yunus dan pelbagai surah lain lg aku baca. dalam poket baju aku turut membawa yasin sebagai pelindung diriku. suami ku sentiasa bersama ku, tp tak boleh lm sebab GOV kan. Sehinggala pada pukul 10.15mlm..dokte memanggil suami aku masuk ke labour room sebab bukaan aku dah bukak 10CM.. Apabila dokte menyuruh aku meneran..aku teran sekuat hati..teran yang pertama nmpkla rambut anak aku..dokte memanggil suami aku untuk melihat rambut anakku di rahim..aku yang dlm kesakitan boleh tersenyum bile dokte kate dah nmpk rambut..suami memberi semangat dah berbisik ke telinga aku " SYG BOLEH..SYG BOLEH".. sambil suamiku mengusap2 kepala aku dan memberikan aku keyakinan yang tinggi untuk aku meneran..

Tepat pukul 10.55MLM putera sulung aku selamat dilahirkan..aku merasa SYUKUR dan Alhamdulillah anak aku cukup sifat dan bulat. berat 3.5kg. Tentunya kelahiran ini adalah hadiah hari ibu paling bermakna buat aku. Hilang segala kesakitan bila dapat tatap wajah baby walaupun seketika. Nurse sempat beri aku kiss pipi anak aku.

Last but not least, thanks to my family, friends, sahabat handai yang datang visit saya di hospital dan rumah. Alhamdulillah benda yang saya debar-debarkan selama ini telah pun berjaya saya tempuhi. Kepada ibu-ibu di luar sana yang pertama kali menempuhi detik pertama bersalin memang wajar anda rasa berdebar-debar tetapi percayalah apabila kandungan kita makin membesar semangat itu akan datang sendiri. Takde best advice yang boleh dishare melainkan tempuhinya saja dengan tenang di samping banyak2 berdoa dan bertawakal kepada Allah


[ ... ]

Isnin, 5 September 2011

36 Weeks Pregnant



Aku telah pun masuk Trismester ketiga..Tiada Pengalaman langsung, yela anak sulung..tapi dari ape info yang aku baca dapatlah ketahui sikit sikit..tapi setiap orang yang peknen tak semuanya sama sakitnye..ade yang senng beranak..ade yang byk dugaan..mcm aku yang dah 36 weeks rase mcm dah mule sakit2..tapi tande2 tu takde lagi la..dupdap2 dah menghantui ati ni dan dah tak saba nak melahirkan n nak lihat budak yang dlm perut yang suke menendang2 ni.. So kesimpulannya 36 weeks mmg dah boleh bersalin..ape2 pun segala persiapan dari segi pakaian baby dah standby dalam kereta..sekarang tgh belajar nak tenangkan diri dlm situasi kontraksi nnti..semoga segalanya dipermudahkan..Aminn..
[ ... ]

Khamis, 21 April 2011

Ngidam Buah Delima...


Aku mengidam buah delima...Kalau buah delima yg dari Mesir orang kata, Manis! Aku pun apa lagi...tgh preggy mcmni mana bleh dengar benda yg sedap2... Hmm.. dah pregnant ni baru la terhegeh2 nak cari mana ada jual buah delima. Dulu.. bila tak nak, rasanya byk je jual kat merata kaki lima... Dah nak makan sesgt, susah lak nak jumpa.. hadoi la...





  • orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ... mudah-mudahan..insyallah





  • orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya...





  • Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.





  • Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.





  • Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...





  • Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...kalau mengikut sejarah ilmuan2 banyak di lahirkan dari tanah arab...betul tak???? -ada logik sket arr.





  • Ada jugak aku dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak... betul ke ni? sah kena mkn sorok2 camni...





  • Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah.
  • [ ... ]

    Selasa, 1 Februari 2011

    PRA Kehamilan yang tak di duga


    seronokkkkkkk betul hati bila dapat tahu saya mengandung..tepat 1/2/2011 g check dokte kate saye dah ngandong 5weeks..ALHAMDULILLAH..tak terkata lidah ni..Syukur sgt...TQ Allah..
    Story mule2 diri rase nak demam je..badan suhu tak seperti biasa..kadang2 sejuk2 kadang2 panas sgt2..tido golek kanan golek kiri..tapi tak terpikir langsung yang bakal ngandong..sebab time tu tarikh tok period belum sampai tp perut dah sakit2 len macam tak mcm biasa..tak tahu nak ckp sakit nye camne..

    Hari-hari sakit perut..n kerap minum soya..pastu tiba lah tarikh yang kalau boleh tak mo dtg period..hehehe

    Tapi...bile dah lewat 3 hari saya pun tergerak hati nak test UPT konon nak tahu la bakal period ke tak..hehhe..sebab dah lewat 3 hari..waktu aku nak test tu pukul 8.30pagi..yela seelok2nya check pagi2..apa lagi aku pon test la..then resultnyerrrrrrrrr POSITIVE..apa lagi aku jerit la...terus bangunkan suami..dengan mengatakan " B....B...line dua..line dua" laki aku heran ape yang line dua..Then aku kate lagi " Line dua..line dua b..syg mengandong..." dengan automatiknye menitis airmata aku tanpa aku sedari..betapa bertuahnya aku dan bersyukur doa aku di makbulkan Allah s.w.t..TQ..Dokte sah kan aku dah mengandong 5 minggu..



    [ ... ]

    Khamis, 20 Januari 2011

    TERKejut Dgn Skuter Aku


    ERRRRRRRRRRRGGGHHHHH!!!!! No No No No

    Side Mirror Skuter aku kene curi..pastu Kene Repair Moto lak..melayang RM400..hukhuk..
    [ ... ]

    BORANG PESANAN

    NAMA PENUH
    ALAMAT EMAIL
    NO. TELEFON
    PRODUK INGIN BELI
    CARA PENGAMBILAN PRODUK By hand ( Area Gombak free )
    POS Laju RM6.00 ( Semenanjung)
    POS Laju RM10.00 (Sabah Sarawak)
    ALAMAT LENGKAP UNTUK PENGEPOSAN
    BUAT PEMBAYARAN DI

    Create a web form here