Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Khamis, 26 Julai 2012

Keliru Tentang Perkara Membatalkan Puasa


Sempena bulan yang mulia ini, Ramadham al-Mubarak, Saya nak kongsi sedikit tentang kekeliruan-kekeliruan perkara-perkara yang boleh atau tidak membatalkan puasa. Percaya tak  ketika korang berpuasa, masih boleh melakukan hal-hal berikut?. Namun ramai yang keliru adakah perkara dibawah membatalkan puasa atau tidak, mari kita baca.


Cop2 sebelum tu korang jgn lak lepas baca ni korang bukak pose ye...hehehe

▣ Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa.Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang. ( Teringat masa kecik2 mak selalu jerit..jgn duduk dlm bilik air lame2 nnti batal pose) hahaha..Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada <dalil maka=”” tiadalah=”” hukum=”” makruh=”” atau=”” lain-lain=”” terhadapnya.=””>

▣ Anda tidak perlu risau untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkanair ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”. (Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh NasiruddinAl-Bani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)
 ( Ooo baru saya tahu)

▣ Anda boleh makan walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajaryang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakimdan Ibn Khuzaimah). Allah berfirman di dalam SurahAl-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam). Di dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm Maktum mengumandangkan azan.” Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu, RasulullahSAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.” Sekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda. ( Ha kejadian ni lepas saya berkahwin baru Suami saya bgth yg kite boleh makan selagi belum azan Subuh )

▣ Anda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.(OOO baru tahu )

▣ Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwakatau dengan berus gigi. ( ermmm Ooo Baru Tahu)

▣ Anda harus makan dahulu makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq’Alaih, lihat Sahih al-Bukhari: 31). ( Ini mmg saya ikut)

▣ Anda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya. ( ooo baru tahu )

▣ Anda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut. 
( syiokla berendam )

▣ Anda boleh menggunakan wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata. ( Tiap hari buat )

▣ Anda dibenarkan untuk mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatandan perubatan. Bukannya suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda. Anda boleh pergi untuk memeriksa dan menderma darah. ( OOO baru tahu )

▣ Anda boleh makan dan minum dengan tidak sengaja. ( Sesuai untuk si tukang masak ) Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atau diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa. 
( OOO baru tahu )

▣ Sekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar. Sekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar. Dalam kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk mandi junub sebelum waktu fajar. ( betul2 )

Maklumat di atas disebut oleh para ulama seperti Syeikh YusufAl-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz,Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.

Di copy penuh tertib daripada:
MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT
dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


[ ... ]

Selasa, 24 Julai 2012

Solat Sunat Terawih

Salam ramadhan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk kita menjalani ibadah wajib puasa dan juga ibadah sunat tarawih. Semoga kita diberikan kesihatan yang terbaik tanpa halangan untuk melakukan segala ibadah wajib mahupun sunat di bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan ramadhan al-mubarak.

Solat Sunat Terawih adalah satu Jenis Solat Sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadhan. Dari ape yang say abaca latar Belakang Solat Sunat Terawih adalah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang Empat Rakaat.  Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan Empat Rakaat Solat Terawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan Empat Rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun 20 Rakaat.


Kelebihan Sembahyang Terawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada Bulan Ramadhan

Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
[ ... ]

Isnin, 23 Julai 2012

Sedekah di bulan Ramadhan


Salam Ramadhan..

Bestnye Ramdhan dah tiba...kan kan.. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh semua muslimin dan muslimat. Alangkah seronoknya jika kita dapat memenuhi bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan pelbagai amalan mulia disamping ibadah-ibadah yang lain.
Salah satunya Bersedekah : 


Bulan Ramadhan mengandungi rahmat, keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Salah satu ibadah yang digalakkan di dalam islam ialah perbanyakkan sedekah. Sedekah adalah sesuatu yang signifikan. Bukan sekadar kita memberi wang kepada fakir miskin malah sedekah itu boleh meliputi pelbagai aspek. Hmm.. macammane tu yea?

Andai kata kita memandu kereta tiba-tiba ada kereta dihadapan yang ingin keluar dari simpang, jadi apa salahnye kita tekan brek skit bagi laluan agar dia dapat pergi dulu kan.. itupun dikira sedekah, so simple isn't it? ini suami saya ajar saya..sebab saya sendiri yang jadi Co pilot yg membebel kat sebelah dia..walhal suami saya cool je n saba n bg org tu lalu dulu..


Selain daripada wang ringgit dihulurkan kepada yang memerlukan boleh juga jika kita meneruskan amalan mulia yang diamalkan oleh jiran tetangga di kampung iaitu berkongsi juadah berbuka. Sedekah jea skit barang sepiring dua kepada jiran-jiran sebelah insyallah hubungan silratulrahim makin erat. Malah lebih afdhal lagi jika kita bersedekah kepada si fakir miskin. Berkat segala amalan yang kita lakukan di bulan Pose ni kan..Insyaallah..




Hmm.. sedekah juga boleh diperpanjangkan dengan membaca al-quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Niatkan sedekah terutama kepada ahli keluarga yg meninggal dunia, ibubapa yg masih ada, anak-anak, rakan taulan, jiran-jiran dan  semua umat islam. Insyaallah! roh mereka akan tenang menerima sedekah ayat2 suci al-quran tadi dan hidup kita akan mendapat keberkatan dari Ilahi. Kalau boleh selepas sahur tu jgn tido dulu.. baca Al-Quran sambil2 menunggu Azan Subuh.. Insyaallah.. 

   

Ucapan yang baik pun dikira sedekah...kalau gitu memang sangat lah banyak amalan sedekah yang boleh diamalkan sepanjang bulan yang mulia ini. Jadikan Ramadhan 2012 sebagai titik permulaan untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik.   Insyaallah saya sendiri memohon doa agar ati saya terbuka kepada perkara2 yang mulia..aminnn


Jauhi gosip-gosip hangat yg tak hengat tu. Katakan tidak kepada mengumpat. Jaga setiap butir bicara yang keluar dari mulut kita tu.Ubah cara percakapan yang pedas-pedas kepada yang enak-enak didengar. Kurangkan bercakap perkara yang tiada manfaat. Banyakkan zikir kepada Allah itu yang terbaik. Kalau tak ingat nak berzikir yang panjang-panjang tu cukuplah dengan menyebut subhanallah, alhamdulillah, lailahaillah, allahukabar dan astagfirullah al-azim... Insyaallah..


Okey la jom kita sama-sama menghiasi Ramadhan kita kali ini dengan akhlak yang mulia, amalan terpuji dan ibadah yang berlipat kali ganda agar kita menjadi insan terpilih untuk menghuni Syurga yang abadi kelak. Insyaallah... 
[ ... ]

BORANG PESANAN

NAMA PENUH
ALAMAT EMAIL
NO. TELEFON
PRODUK INGIN BELI
CARA PENGAMBILAN PRODUK By hand ( Area Gombak free )
POS Laju RM6.00 ( Semenanjung)
POS Laju RM10.00 (Sabah Sarawak)
ALAMAT LENGKAP UNTUK PENGEPOSAN
BUAT PEMBAYARAN DI

Create a web form here