Sempena bulan yang mulia ini, Ramadham al-Mubarak, Saya nak
kongsi sedikit tentang kekeliruan-kekeliruan perkara-perkara yang boleh atau
tidak membatalkan puasa. Percaya tak ketika korang berpuasa, masih boleh
melakukan hal-hal berikut?. Namun ramai yang keliru adakah perkara dibawah
membatalkan puasa atau tidak, mari kita baca.
Cop2 sebelum tu korang jgn lak lepas baca ni korang bukak pose ye...hehehe
▣ Anda boleh
mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya
mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa.Tidak pastilah kalau ada di
kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang. ( Teringat
masa kecik2 mak selalu jerit..jgn duduk dlm bilik air lame2 nnti batal pose)
hahaha..Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana
memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada <dalil maka=””
tiadalah=”” hukum=”” makruh=”” atau=”” lain-lain=”” terhadapnya.=””>
▣ Anda tidak perlu risau
untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan
kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang
sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkanair
ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”.
(Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh NasiruddinAl-Bani di dalam
Sahih Sunan Abu Daud)
( Ooo baru saya tahu)
▣ Anda boleh makan
walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu
subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu
subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajaryang apabila ia tiba,
haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang
apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan
dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakimdan Ibn Khuzaimah). Allah berfirman di
dalam SurahAl-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu
sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam). Di
dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm
Maktum mengumandangkan azan.” Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita
untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu,
RasulullahSAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana
dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.”
Sekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan
atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan
menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda. ( Ha kejadian ni
lepas saya berkahwin baru Suami saya bgth yg kite boleh makan selagi belum azan
Subuh )
▣ Anda tidak perlu
melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak
pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur,
ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda
hendak bangun bersahur.(OOO baru tahu )
▣ Tidak makruh untuk anda
menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu
siwakatau dengan berus gigi. ( ermmm Ooo Baru Tahu)
▣ Anda harus makan dahulu
makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat
Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka
mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu
tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq’Alaih, lihat Sahih
al-Bukhari: 31). ( Ini mmg saya ikut)
▣ Anda boleh pergi ke
klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan
sebagainya. ( ooo baru tahu )
▣ Anda juga dibenarkan
mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka
ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan
ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan
air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.
( syiokla berendam )
▣ Anda boleh menggunakan
wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata.
( Tiap hari buat )
▣ Anda dibenarkan untuk
mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatandan perubatan. Bukannya
suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk
memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda. Anda boleh pergi untuk memeriksa
dan menderma darah. ( OOO baru tahu )
▣ Anda boleh makan dan
minum dengan tidak sengaja. ( Sesuai untuk si tukang masak ) Ini berdasarkan
suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atau
diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan
terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih) Sekiranya anda tertidur
di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan
puasa.
( OOO baru tahu )
▣ Sekiranya anda
melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing,
puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub
selepas waktu fajar. Sekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh
berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar. Dalam
kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka
tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk
mandi junub sebelum waktu fajar. ( betul2 )
Maklumat di atas disebut oleh para ulama
seperti Syeikh YusufAl-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul
Aziz bin Baz,Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.
Di copy penuh tertib daripada:
MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT
dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
2 comments:
wah.. amat berguna.. saya pun baru tahu ttg orang yg ada asthma, boleh pakai inhaler pada bulan puasa, dan tidak membatalkan.. good info! :) salam perkenalan..
tq ain.. owh yeke..u ade asthma ke? tu sometime kite tak th dan bukan kite je..ramai jugak kat luar tu yg tak th.. baru2 ni ade org tnye sy kalau ambik darah boleh puasa tak..so sy dah jwb pertnyaan itu..heheh..anyway salam perkenalan
Catat Ulasan