Alhamdulillah aku telah selamat bersalin pada 11.10.11 ( cantekkan tarikh tu ) hope perangai n tingkah laku afiq pun cantik..( mama n papa doakan kejayaan syg mama papa ni sampai afiq besar ye sayang ) aminn..
Wanita2 selepas bersalin akan melalui proses berpantang..begitu juga dengan aku..berpantang selama 44hari. WOW lame tu!!!..nanti korang rasela macam mane semua wanita berpantang.Untuk pengetahuan semua, pelbagai cara orang berpantang , kebanyakkannya mengikut adat negeri masing2. so untuk dijadikan cerita bagaimana aku berpantang korang kene baca abis coretan aku ini wokeh!!!
KALAU IKUT CARA INI MMG TERAMAT BAGUS...
Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu
adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja
yang berpantang selama 44 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA,
etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan
demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang
mengamalkan amalan tersebut.
Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 44 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.
Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 44 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.
KALAU IKUT CARA INI SANGGUP KE?
Masa aku dlm pantang..berpantang kat rumah mak..mak jaga betul2 bertungku, berurut and penyusuan baby..makanan mak buatkan lauk berpantang ikan bilis+lada itam ( ditumbuh), sayur bayam dan PERIA, nasi sesenduk je, air suam gelas kecik je ( dahla masa pantang kite mmg dahaga ) tapi mak kate jgn minum air banyak sgt nnti perut buncit slps abis pantang..so aku turutkan perintah mak. nak cantek slim kembali la kononnye. sampaila hari ke-8 aku dah pijak tanah sebab terpaksa bawa anakku (afiq) ke klinik untuk checkup sbb afiq ade kuning. Masuk hari ke-10 suami ajak berpantang ke rumah mertua di temerloh selama seminggu.
Selepas seminggu berpantang di rumah mertua aku kembali semula berpantang di KL ( rumah mak sendiri ). Bermula dari itu mak menyuruh aku minum air rebusan PUCUK BETIK dan LOBAK PUTIH
bagi menambah susu ibu..pahittttttt giler!!! aku telan dan bayangkan makanan itu sedap gilerrr!!! hahaha.
Jamu NYONYA MENIR jadi pilhan keluarga aku sebab semua keluarga serta sedara mara aku mengamalkan Jamu yang sama..bdn dorg mmg cantik..so aku pun mknla jamu yang sama..sedapppp!! air rebusan akar2 kayu turut aku amalkan bagi mengembalikan tenaga yang banyak ilang sewaktu bersalin..
Alhamdulillahsegala proses aku berpantang terjaga..Habis sahaja berpantang aku masih lagi menjaga pemakanan aku selama 100hari...
Sekian...
0 comments:
Catat Ulasan