Benarlah kata orang, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza,
begitu juga dengan pengalaman pertama yang aku lalui ini. Detik-detik
kelahiran putera sulung aku, semua pengalaman dan apa yang aku rasa
dan lalui dicatat kemas untuk simpanan dan kenangan di kemudian hari.
Bergelar
mummy pada usia 25 tahun memberi aku satu pengalaman yang tidak
mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Merasakan ada satu nyawa lain di
dalam rahim ini membuatkan aku kagum dengan kuasa yang maha ESA.
Alhamdulillah di atas kurniaan ini, aku rasa sempurna hidup saya
sebagai seorang WANITA. Umi, mama, emak, mummy, ibu….apapun gelarannya
membawa makna yang sama bagi setiap orang dan sesungguhnya nikmat
bergelar seorang ibu merupakan anugerah yang tak ternilai harganya pada diriku.
Aku disahkan hamil pada 01 Feb 2011. Saat itu period aku sudah lewat tiga hari dan aku dapat rasakan ada yang tidak kena terutama terutama sekali di
bahagian perut, kembang semacam dan aku susah nak tido . Dalam pukul 7.00am aku buat pregnancy test.
Alhamdulillah ada dua line warna merah, bermakna aku positif. aku
bersyukur sangat2 dan kejutkan suami memberitahu tentang kptsn pregnancy test yang aku buat. aku lihat muka suami aku yg happy sangat.
Sepanjang tempoh mengandung aku mengalami mual2 muntah selama sebulan around trismeter pertama.tak leh bau minyak wangi dan nmpk benda2 yang busuk kompem aku akan muntah. yang kelakarnya masa kat tempat keje muntah bile nmpk tandas je. tp yang peliknya aku tak serasi dgn umah sndiri..blk je keje baru selangkah masuk rumah..sinky yang aku cari..apelagi untuk muntah la..hahaha..pedih tekak n perut muntah2 ni.
Kalau ikut EDD aku dijangka bersalin pada 05 Oct 2011, dalam hati cuak
juga sehingga 05 Oct tiada tanda-tanda untuk bersalin. Emak aku pernah
memberitahu selalunya bersalin1 atau 2 minggu awal dari tarikh jangkaan..aku pun pergila ke hospital sebab dah overdue..tp dokte tak masukkan aku dlm wad tp dokte bg tambahan date seminggu..maknenye kalo tak bersalin 10 oct 2011 kene serah diri ke hospital bersalin then aku akan KENE INDUCE.
So 10 Oct 2011aku di masudkan ke wad. tp alhamdulillah aku tidak diberi induce sebab bukaan jalan telah buka 5CM pd 11 oct 2011 tetapi yg bestnye aku sikit pun tak rase tanda nak bersalin sdgkan dah buka 5CM..Powerfull betol dokte ckp..terus masuk labour room pukul 1.30tgh..dalam labour room la bermula kesakitan aku..
Dalam labour room dokte pecahkan air ketuban aku..dan dr itula bermula segala kesakitan..dokte kate air ketuban dah berwarna hijau.aku mula runsing memikirkan bagaimana keadaan anak aku di dlm.. mulut ku tidak henti2 berzikir, selawat, bc surah yunus dan pelbagai surah lain lg aku baca. dalam poket baju aku turut membawa yasin sebagai pelindung diriku. suami ku sentiasa bersama ku, tp tak boleh lm sebab GOV kan. Sehinggala pada pukul 10.15mlm..dokte memanggil suami aku masuk ke labour room sebab bukaan aku dah bukak 10CM.. Apabila dokte menyuruh aku meneran..aku teran sekuat hati..teran yang pertama nmpkla rambut anak aku..dokte memanggil suami aku untuk melihat rambut anakku di rahim..aku yang dlm kesakitan boleh tersenyum bile dokte kate dah nmpk rambut..suami memberi semangat dah berbisik ke telinga aku " SYG BOLEH..SYG BOLEH".. sambil suamiku mengusap2 kepala aku dan memberikan aku keyakinan yang tinggi untuk aku meneran..
Tepat pukul 10.55MLM putera sulung aku selamat dilahirkan..aku merasa SYUKUR dan Alhamdulillah anak aku cukup sifat dan bulat. berat 3.5kg. Tentunya kelahiran ini adalah hadiah hari ibu paling bermakna buat aku.
Hilang segala kesakitan bila dapat tatap wajah baby walaupun seketika.
Nurse sempat beri aku kiss pipi anak aku.
Last but not least, thanks to my family, friends, sahabat handai yang
datang visit saya di hospital dan rumah. Alhamdulillah benda yang saya
debar-debarkan selama ini telah pun berjaya saya tempuhi. Kepada ibu-ibu
di luar sana yang pertama kali menempuhi detik pertama bersalin memang
wajar anda rasa berdebar-debar tetapi percayalah apabila kandungan kita
makin membesar semangat itu akan datang sendiri. Takde best advice yang
boleh dishare melainkan tempuhinya saja dengan tenang di samping banyak2
berdoa dan bertawakal kepada Allah
2 comments:
hehe..yay! dah dapat!
kihkih..jom ber blog di meja k..huhuhu
Catat Ulasan