Rabu, 4 Julai 2012

Cara Untuk Menjimatkan Wang Setiap Hari


Alkisah saya nak cerita ni bersangkut paut dengan semua orang sebab DUIT memainkan peranan dalam situasi seharian kita..mahupun yang telah bekerja dan tidak bekerja.. BETUL TAK??? Actually saya nak cite kisah yang kelakar pada U all tentang cara orang ni berjimat..ini saya terbaca dalam satu info.. Jom kite bergelak ketawa sambil mengambil panduan dalam pengurusan kewangan WOKEH..

Panduan Pertama ( Laki Bini )- saya copy paste cite orang ni


1. asben aku bawak bekal nasi + kuih gi sekolah ( lunch dan minum ptg)
2. asben naik beskal jer gi sekolah
3. aku masak sendiri kat rumah. makan kat luar tu, sebulan sekali kot. ( masak sendiri best) 
4. pakai baju second hand atau beli kat liquidation strore 
5. gi jenjalan /shopping bawak bekal. kalau idak, lapor, mesti nak beli makanan kat luar. 
6. asben aku banyak beli brg second hand atau amik jer barang org buang, repair balik. cth beskal. 
7. freebies- aku suka request freebies. setiap minggu adalah barang free mcm sample product dihantar ke rumah. tak kuar modal, aku ngadap depan pc jer. 
8. groceries shopping? aku suka beli barang secara bundle, so no wonderla aku beli tepung gandum sampai 10 kg  .. groceries shopping aku yg handle, so kalau ada benda murah, beli bebanyak dan simpan. banyak tau blh save dari beli sikit-sikit. tapi make surelah benda tu tahan lama. satu lagi, buah dan sayur nak murah pi beli kat kebun. dah ler fresh, murah lak. ( kalau balik kampung asben amik free jer  )

aku nyer prinsip, ada singgit, belanja lapan posen. yg lebih simpan. bukannya ada singgit, belanja sampai singgit lima posen. (ini kes pakai kredit kad la). tak mampu, buat cara tak mampu. org lain pakai pampers kat baby, aku pakai kain lampin jer kat bakal baby aku. 


Panduan Kedua ( Laki Bini )- saya copy paste cite orang ni


Ini petua aku, dah bertahun-tahun aku amalkan dan memang sangat berkesan. Sampaikan bini aku mampu menjadi surirumah sepenuh masa sejak kawin. Dengan cara ni jugakla aku leh kawin. Anak pon nak amsuk dua. Tapi kalau ank amalkan kena tebal telinga..pasal orang kat Malaysia nih suka mengata.

1. Jangan pakai henpon...kalau nak jugak pakai prepaid, tapi jgn buat call selalu, terima call jek untuk kecemasan.
2. Jangan pakai ASTRO...tengok TV biaser
3. Jangan makan luar terlalu kerap. Aku sebulan sekali jek. Goreng pisang, karipap, nasik lemak...bla bla bla...pizza, spaghetty...sumer bini aku masak (salah satu kelebihan bila bini tak keje)
4. Jangan pakai keter. Aku tak ada keter pasal aku rasa keter ni punca ramai kat Malaysia bankrap sampai anak sendirik makan tayar keter. Pi memana aku dan keluarga naik bas atau teksi. Keluar pon bukan selalu. Takyah bayar installment, road tax, insuran, maintenance...dan minyak. (Nak pakai jugak, pakai keter burok yang 5-6 ribu jek)
5. Jangan dok beli barang mahal-mahal.........pinggan mangkuk berkilat lah, kasut berjenama lah.....

Pendek kata...BELI APA YANG KITA PERLU..BUKAN APA YANG KITA SUKA.

Gaji aku tak lah besar mana..bini tak kejer..aku ni keje kerajaan jek. Tapi dengan gaji ciput nih serta amalan jimat cermat aku..aku rasa belen gaji aku lebih banyak dari kengkawan aku yang laki bini kerja (bawak balik 7-8 ribu sebulan). Gaji ciput ni la aku leh hantar duit tetap kat mak aku...mak mentua... adik sendirik, adik ipor nak belajar, insuran diri, insuran pendidikan anak-anak, simpanan tetap dalam bank dan macam-macam. TAK PAKAI KERETA menyumbang kepada kestabilan kewangan. Kaya tak semestinya gaji banyak. Anak pon tebela, tak yah antar nursery, tak yah amik maid. KITA TAHU SEBENARNYA MACAM MANA NAK BERJIMAT...CUMA RAMAI DARI KITA YANG BUAT BODO...PASAL KITA LEBIH PENTINGKAN KEUNGGULAN DI MATA ORANG LAIN. Tu pasal ramai jadik hamba hutang kad kredit, keter kena tarik, hutang Along.....walhal gaji 5-8 ribu.

Panduan Ketiga ( Orang Bujang )- saya copy paste cite orang ni


1. beli nasi lemak bungkus at gerai RM1.00+kuih 2 biji
2.buat air sendiri kat ofis (teh/nescafee) jimat RM1.00 (ms b-fast)sbb minum kat dapur ofis yg ada semenya.(bw sendiri)
3. tgh hari tak mkn sbb mkn kuih yg dibeli pagi tadi+ buat air teh at ofis gak
4. Tidak minum petang tunggu balik umah...makan roti/cereal+ susu
Dgn cara ini sy tidak perlu pergi cafe yg kdg2x beli apa yg rasa nak dimakan.....


ini pula cara perbelanjaan bulanan 
1. buat anggaran budget..
2. sy withdarw duit utk anggaran expenses for that month n asingkan mengikut sampul surat supaya tak salah /lari budget
3. cth minyak kete RM100 sebulan..jika br dua minggu duit kete dah ada RM30..so pandai2xlah tak window2x shopiing...begitu juga bahag.2x lain. jika budget cafe masih byk sy tarik duit tu utk beli aksesi @etc..ADILKAN???...
4. awal bulan carry forward mana balance n next month punya budget sy cut atau tambah mana2x yg patut....

Panduan Ke empat ( Orang Bujang) – saya copy paste cite orang ni


-ROKOK tak payah isap....
-Makan pukul 4 petang, merangkap makan tengahari dan makan malam..makan pulak nasik lauk  sayor ngan kuah kari....amik telo goreng.....cost Rm 2.00 sehari
- air pulak bawak botol besar, amik kat water cooler kat campus/pejabat...bawak balik umah.....beli ibu sirap ke....bancuh sendri...
-Sarapan tak payah sebb dah lambat nak pi kelas/kerja...lepas subuh tido balik sampai kol 745, pukul 830 masuk kerja/kelas    
-Malam buat asignment/bawak balik kerja dari office, buat kerja depan TV....tengok2 jam dah kol 12....boleh lah tido, esok [pagi ulang benda yang sama........
-tak payah belanja awek makan....sendiri makan sendri baya.....

kesimpulannya.....sebulan boleh la habis 230RM sahaja untuk makan.... untung untung


Korang jangan jadi camni lak bile duit kurang..takmo takmo k              

Hahahaha kelakarkan cerita-cerita dan panduan di atas.. apepun tahniahla pada mereka yang telah mengamalkannya dan telah Berjaya membukitkan duit di dalam bank untu kepentingan anak bini.. pada U all yang ade cara bagaimana u All berjimat mai la kita share bersama..

0 comments:

BORANG PESANAN

NAMA PENUH
ALAMAT EMAIL
NO. TELEFON
PRODUK INGIN BELI
CARA PENGAMBILAN PRODUK By hand ( Area Gombak free )
POS Laju RM6.00 ( Semenanjung)
POS Laju RM10.00 (Sabah Sarawak)
ALAMAT LENGKAP UNTUK PENGEPOSAN
BUAT PEMBAYARAN DI

Create a web form here