Rabu, 4 Julai 2012

Breast Bengkak (susu tersumbat)

Salam semua. Aritu saya MC gara-gara bengkak susu. Sebelum ni saya pernah kene pada hari ketiga berpantang. Tak sangka plak anak dah nak masuk 9 bulan pun boleh kena. Coz in my mind, hanya ketika kita dalam pantang or peringkat awal penyusuan je kita boleh mendapat sakit bengkak susu. So, ini bermaksud, selagi kita menyusukan bayi, selagi itulah kita berkemungkinan untuk mendapat sakit tersebut.



Kisahnya begini, pada malam tu saya menyusukan anak saya seperti biasa. Tiba-tiba saya rasekan susu tidak keluar di bahagian kanan, sedangkan tiap kali saya menyusukan anak saya pada sebelah kiri,, susu di sebelah kanan akan keluar sedikit..tetapi ianya tidak terjadi pada malam itu.. sehinggalah pada pukul 3pagi saya merasa sakit yang teramat..bengkak yang keras seperti batu.. saya merengang kesakitan sambil mengejutkan suami untuk bantu saya ambilkan ubat. Suami saya terus mencapai ubat tahan sakit dia.. saya dengan berkata apa2 terus menelan ubat itu tanpa berfikir sama ada ubat itu boleh saya makan atau tidak.. dalam setengah jam saya lena sehingga Subuh dan suamila mengambil alih menjaga anak saya dengan member susu Formula kerana melihat saya yang tidak berdaya.

Jam telah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Saya masih tidak berdaya dan masih dalam kesakitan. Suami meminta supaya saya tidak bekerja pada hari tersebut dan akan membawa saya ke klinik. Saya menurutkan sahaja arahan suami. Suami menghantar anak saya ke pengasuh kemudian membawa saya ke klinik. Setibanya di klinik Panel tempat saya bekerja dokter perempuan yang selesa bagi saya tiada di dalam klinik kerana ada urusan di luar, tetapi kaunter memberitahu docr akan masuk dalam setengah jam. Saya dan suami menunggu dengan sabar.
Apabila No giliran kaki di panggil, sambil melangkah ke bilik doc saya membaca “bismillah hirrahma nirrahim” bagi menenangkan diri saya yang bercelaru memikirkan agar bengkak pada breast saya tu bukanlan “KANSER”. Tetapi doktor sahkan yang saya mengalami bengkak susu. Doc kata perkara ni sering terjadi kepada wanita yang bekerja dan menyusukan bayi. Dia kata mungkin saluran susu tu tersumbat. Doc bekalkan saya beberapa ubat (ubat demam, antibiotik, ubat bengkak & tahan sakit).Doc mengajar saya supaya memicit pelahan-pelahan kearah nipple supaya bahagian yang tersumbat itu akan rata mengalir keluar. Selain itu doc meminta saya supaya menuam serta Pump di pada kedua-keduanya dan tidak memberikan pada anak di bahagian yang bengkak kerana takut ada kuman.
Setelah 2 hari saya menelan ubat-ubat yang diberi oleh doc dan sehari MC, Alhamdulillah saya sihat kembali. Akan tetapi malang menimpa saya kembali.. setelah 3 hari saya sihat, kejadian yang sama mengundang saya kembali di malam hari, bagaimanapun saya tetap mahu datang ke tempat kerja, akan tetapi di tempat kerja saya pening dan suhu badan saya panas, rakan-rakan sekerja meminta agar saya pergi ke klinik lain. Tepat pukul 12tgh suami datang dan membawa saya terus ke klinik yang di maksudkan. Doc berkata perkara yang sama seperti doc sebelum ini, tetapi doc ini mengatakan jika saya masih rasa sakit pada hari keempat datanglah semula berjumpa dia untuk ULTRASOUND. Jika dapati ada nanah doc akan operet ataupun INJECT dan sedut nanah tersebut. (Dalam hati saya berdungup kencang takut punya pasal ) tetapi disebabkan doc bagi saya MC 2 Hari untuk berehat, saya lega sikit , Alhamdulillah dua hari makan ubat yang doc bagi sakit hilang  dan bengkak surut. Saya berharap sangat kejadian tidak akan berulang. ( Seram tau )

I
Ini la gambaran liang2 didalam breast







Ini ubat antibiotik yang doc bagi AUGMENTIN

 Ini ada beberapa Sebab dan Tips untuk mengatasinya:
Antara apa yang saya lalui, penyebab bengkak susu adalah;
1.    Ada lebihan susu yang tidak diminum oleh bayi. Lebihan ini terbiar lama dan membeku
2.   Salur susu tersumbat. Ini berlaku apabila lama tidak menyusukan bayi atau pam.
3.    Semasa menyusu, menekan payudara menggunakan jari. Faktor ini saya dapat melalui pembacaan.

Cara melegakan bengkak susu;
1.            Lekapkan daun kobis. Ini petua orang tua-tua. Saya ada buat juga. Doc pun ada cakap pasal petua ni.
2.            Urut bahagian yang keras / bengkak. Urut sehingga ke puting. Saya urut sendiri dibahagian yang sakit dengan perlahan-lahan.
3.            Tuam. Tuam bahagian yang bengkak dengan air panas kemudian urut dan susukan bayi. Saya masukkan air panas kedalam botol susu Afiq yang kecil. Kemudian saya tuamkan ke tempat yang bengkak. Alhamdulillah cara ini amat membantu.


Bengkak susu boleh menyebabkan demam. So, bagi sesiapa yang belum kena, berjaga-jagalah. Dan jangan biarkan anda merasai apa yang saya rasai. Rasa sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Serik dan tak nak kena lagi dah huhuhuuu....


Fikir-fikirkanlah...

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sakitnyer

BORANG PESANAN

NAMA PENUH
ALAMAT EMAIL
NO. TELEFON
PRODUK INGIN BELI
CARA PENGAMBILAN PRODUK By hand ( Area Gombak free )
POS Laju RM6.00 ( Semenanjung)
POS Laju RM10.00 (Sabah Sarawak)
ALAMAT LENGKAP UNTUK PENGEPOSAN
BUAT PEMBAYARAN DI

Create a web form here