Rabu, 1 Ogos 2012

Kisah Suami Bekerja dan Isteri tidak bekerja


Salam semua.. ibu2 bapak2, kakak2 adik2, kawan2..Pada Entri saya ini, saya ingin ketengahkan satu DIALOG antara seorang Kaunselor dengan seorang SUAMI yang bekerja. Mudah-mudahan DIALOG ini mampu membuatkan lelaki yang bergelar Suami di luar sana  atau Isteri seperti saya berfikir sejenak dan merenung  akan kepentingan hidup sebagai SUAMI ISTERI yang teristimewa buat Suami yang bekerja di luar sana dan ISTERI yang berada di rumah.


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik A?
Encik A       : Saya bekerja sebagai Pengurus Kewangan di sebuah syarikat ternama
Kaunselor  : Dan Isteri encik?
Encik A       : Dia Tidak Bekerja, hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor  : Tiap-tiap pagi siapa yang akan menyediakan sarapan pagi?
Encik A       : Isteri saya la yang sediakan..sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa isteri encik bangun untuk sediakan sarapan?
Encik A      : Lebih kurang pukul 5 pagi dia bangun sebab saya akan keluar bekerja pada pukul 
                     6.30 pagidan anak-anak nak ke sekolah.
Kaunselor : Anak-anak encik ke sekolah bagaimana?
Encik A      : Isteri saya akan hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak biasanya isteri encik buat apa?
Encik A      : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk membasuh pakaian, memasak dan 
                     kemas rumah sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor  : Selepas encik balik dari kerja pada petang hari, apa yang encik lakukan?
Encik A      : Balik berehat kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa isteri encik buat?
Encik A      : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah 
                      menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.



Uhhhhh.. Berdasarkan DIALOG di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?  Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting.. So renung-renungkan dan selamat beramal…






0 comments:

BORANG PESANAN

NAMA PENUH
ALAMAT EMAIL
NO. TELEFON
PRODUK INGIN BELI
CARA PENGAMBILAN PRODUK By hand ( Area Gombak free )
POS Laju RM6.00 ( Semenanjung)
POS Laju RM10.00 (Sabah Sarawak)
ALAMAT LENGKAP UNTUK PENGEPOSAN
BUAT PEMBAYARAN DI

Create a web form here